Tuesday, 12 July 2011
A Little Bit About SK TAMAN RIA, Sg. Petani
![]() |
| Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Sungai Petani |
![]() |
| Banggunan Sekolah |
![]() |
| Guru Besar SKTR Pn. Eshah Binti Awang Talib |
Monday, 11 July 2011
sinopsis : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi
Pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) . Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan
ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi
Waduh2..banyak sungguh kerja nak buat ni....dugaan betul nak jadi graduan ni...ingatkan dah clear last meeting..boleh pulun study...rupanya mai lg..org lain buat WISHLIST n tick 1 by 1 kalau dah dapat....aku nak buat WORKLIST n tick 1 by 1 kalau dah siap..
1. tugasan pertama DR.ISHA
2. kertas ujian fasa 2 Bahasa Inggeris yr 3
3. tugasan kedua DR. ISHA : JSU
4. Update Blog
5. Buat sinopsis journal
6. Comment blog kwn2
7. Mintak kawan2 comment blog aku plak
8. Buat manual blog
10. Ulangkaji Kenegaraan...killer subject ni
12. Ulangkaji Sahsiah....harap pakcik RAHIM x bagi soklan susah2
13. Ulangkaji BI...betulker subjek ni SMALL THE PIECES????
14. Lesson Plan minggu ni
15. Tanda buku yang dah bertimbun
16. Hal2 rumah yang dah lama aku x peduli................
**jujur ku katakan...aku rasa masa belajar full time Diploma DPM dulu x teruk mcm ni..sempat gak dating2...joging2...lepak2....jusco2...sekarang no more QUALITY TIME with incik suami n anak...baru anak sorg tu...kakak2 yang beranak 5 mcm mana yer...**
mood : NAK BERNYAWA PUN MCM X SEMPAT SEKARANG NI....
1. tugasan pertama DR.ISHA
2. kertas ujian fasa 2 Bahasa Inggeris yr 3
3. tugasan kedua DR. ISHA : JSU
4. Update Blog
5. Buat sinopsis journal
6. Comment blog kwn2
7. Mintak kawan2 comment blog aku plak
8. Buat manual blog
10. Ulangkaji Kenegaraan...killer subject ni
12. Ulangkaji Sahsiah....harap pakcik RAHIM x bagi soklan susah2
13. Ulangkaji BI...betulker subjek ni SMALL THE PIECES????
14. Lesson Plan minggu ni
15. Tanda buku yang dah bertimbun
16. Hal2 rumah yang dah lama aku x peduli................
**jujur ku katakan...aku rasa masa belajar full time Diploma DPM dulu x teruk mcm ni..sempat gak dating2...joging2...lepak2....jusco2...sekarang no more QUALITY TIME with incik suami n anak...baru anak sorg tu...kakak2 yang beranak 5 mcm mana yer...**
mood : NAK BERNYAWA PUN MCM X SEMPAT SEKARANG NI....
Subscribe to:
Posts (Atom)




































