BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


Monday 11 July 2011

sinopsis : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi


Pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) . Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian kuasi eksperimen telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Bagi kaedah tradisional penerangan langkah demi langkah diberikan manakala bagi kaedah perantis, guru memberikan panduan ke arah menggalak dan memudahcarakan menyelesaikan masalah iaitu membina laman web secara bekerja dalam kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme dan diterapkan semasa latihan perguruan lagi. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan

8 comments:

  1. Zaman sekarang ICT amat penting dalam P&P.So selalu la gunakan.

    ReplyDelete
  2. guna gak...tp time buat Flash Cards ja....penggunaan masih traditional...kelengkapan x cukup..masa pun x banyak...bertambah lg dgn beban sampingan yang digalas guru...cikgu sekarang cepat letih...setuju x...

    ReplyDelete
  3. setuju......cantik background corak batik lagi..

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni sapa-sapab yang tak mau belajaq ict kira dia akan ketinggalan...

    ReplyDelete
  5. ict memang penting ...tapi tak dan nak buat...la ni dok keja komen blog org plak....

    ReplyDelete
  6. i thought ur blog is in English, but helpful still. :)

    we learned all these last sem.

    it's undeniable to say ICT is very important today as the students themselves most of the time are better than the teacher itself. so that's a new challenge to current teachers.

    ReplyDelete
  7. mix la sikit ajez...kalau BI memanjang tebelit lidah mokcik ni...gian nak cakap malay dah ni...;)

    ReplyDelete